Pages

Sunday 10 July 2011

Tekak Tersengkang Tulang Ikan

Menikmati juadah yang terhidang adalah detik paling santai dalam apa jua keadaan termasuk dalam bot ketika ekspedisi mahupun dalam belantara raya. Malah makan dianggap memerlukan suasana paling tenang. Jika makan dilakukan dalam keadaan terburu-buru pastinya kita bakal berdepan dengan pelbagai masalah. Saya akan menerangkan bagaimana cara menangani kes tekak tersengkang tulang ketika menikmati hidangan ikan.
 Langkah pertama perlu dilakukan ialah dengan mengepal nasi sebesar ibu jari tangan kemudian menelannya tanpa mengunyah untuk beberapa kali hingga tulang yang tersangkut itu dapat dibawa oleh ketul nasi yang ditelan.
 Jika langkah ini tidak berkesan, cuba langkah kedua dengan membasuh tangan dan mulut di tempat mencuci tangan lalu menjolok jari ke dalam mulut supaya dapat memuntahkan makanan yang mungkin dapat membawa tulang yang tersangkut itu keluar bersama. Lakukan langkah ini dengan berhati-hati kerana kita tidak mahu ada penyakit lain yang mungkin berlaku dalam perut atas sebab memaksa mengeluarkan muntah.
 Jika langkah ini juga tidak berjaya, cuba sekali lagi mengepal nasi yang agak besar sedikit (kepal padat-padat) kemudian membaca selawat sebanyak tiga kali dan menelannya untuk beberapa kali. Insya-Allah tulang itu akan hilang jika tidak tersangkut pada bahagian yang sukar untuk dikeluarkan.
 Usaha berterusan mesti dilakukan jika perkara ini berlaku di laut ketika ekspedisi memancing yang tidak ada klinik di laut. Contohnya, mangsa yang tercekik tulang menjampi sendiri air minuman dengan membaca surah Al-Fatihah dan berhenti pada ayat kelima (lyakanakbudu waiiya kanastain) lalu bermohon pertolongan kepada Allah supaya tulang yang menyengkang itu tidak dapat memberi kesakitan berterusan. Kemudian meneruskan bacaan surah itu hingga tamat dan minum airnya.

No comments:

Post a Comment