tag:blogger.com,1999:blog-62757493272077704732024-02-19T13:54:54.787+08:00KAKI PANCINGBlog ini mengandungi maklumat yang berkaitan mengenai memancing dan sebagainya untuk rujukan anda (kaki-kaki pancing). Maklumat ini saya perolehi dari artikel-artikel untuk dikongsikan bersama anda. Jika anda ada sebarang pendapat atau cadangan, sila beri komen di blog saya. Terima kasih kerana melawat blog saya.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.comBlogger34125tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-26962957061500514452011-10-09T21:22:00.002+08:002011-10-09T21:22:40.907+08:00Umpan Tapa Kemboja Power Di SungaiUmpan paling busuk atau umpan tapa dikatakan menjadi kegilaan pemancing tempatan sekarang ini untuk memburu spesies baung kerana mempunyai isi yang sedap.

Selain dibuat sendiri, umpan ini boleh dibeli di kedai pancing sekitar Lembah Klang yang dikatakan laris hingga mendapat permintaan tinggi dari pemancing yang gemarkan ikan berkenaan.

Jenis umpan yang dikenali ramai iaitu tapa Kemboja yang diimport dari negara terbabit dikatakan cukup 'power' menjerat spesies ini walaupun harganya mencecah RM60 sebotol.

Tambahan pula, informasi mengenai keberkesanannya heboh dibincangkan di laman web atau majalah membuatkan pemancing berpusu-pusu untuk mempraktikkannya.

Cara pembuatan umpan ini iaitu dengan menjeruk spesies ikan belanak dalam tempoh yang ditentukan dalam tempayan atau bekas kedap udara untuk mendapatkan bau yang sangat busuk.

Cara memancing ikan ini sangat mudah iaitu menggunakan set ringan dan perambut setengah depa serta batu ladung hidup sudah cukup untuk menarik spesies ini keluar dari sarangnya seperti di tunggul kayu dan timbunan ranting yang terbenam dalam sungai ataupun lombong.

Penggemar penggunaan umpan tapa ini, Mohd Nasir Mohammad Salleh, 30, berkata umpan tapa Kemboja yang dibelinya cukup berkesan menjinakkan spesies bermisai ini walaupun memancing dalam keadaan air yang keruh atau waktu siang.

"Bau umpan ini sangat busuk. Untuk memasang umpan di mata kail ini kita perlu menggunakan sarung tangan getah. Sekali terkena, berhari-hari bau itu melekat dan hendak makan nasi pun terasa baunya. Tetapi selepas melabuhkan dalam sungai, sekejap saja ikan baung dapat dinaikkan," katanya ketika ditemui Rawang baru-baru ini.

Beliau yang kerap memburu spesies ini menambah, saiz yang diperoleh menggunakan umpan ini cukup memuaskan berbanding menggunakan umpan cacing atau cengkerik.

"Rekod tangkapan dua kilogram di sungai Selangor mudah saja didaratkan dengan umpan tapa yang mujarab ini. Saya rasa bau tengik yang dikeluarkan oleh umpan tapa ini membuatkan baung 'terliur' dan segera menjamahnya," katanya.

Umpan tapa bukan saja digunakan untuk ikan baung saja, malah ikan patin, keli dan udang galah juga gemar umpan ini kerana baunya. Tidak hairanlah ada pemancing sanggup mengeluarkan modal yang tinggi untuk memilikinya kerana stok umpan ini dikatakan terhad.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-16773873234312810772011-08-21T22:36:00.000+08:002011-08-21T22:36:05.001+08:00Jangan Memancing Semasa KilatCuaca banyak memainkan peranan penting dalam sebarang aktiviti sukan dan riadah. Begitu juga dengan aktiviti memancing, cuaca tetap menjadi sebahagian daripada fenomena yang penting terutama ketika berada di tengah laut dan jauh dari pulau dan tanah besar.

Pernah berlaku beberapa peristiwa semasa satu kumpulan pemancing muda melakukan ekspedisi memancing di laut berhampiran perairan Pulau Bidong Terengganu, beberapa tahun lalu.

Menurut cerita Pak Wan Dollah, tekong veteran yang kini sudah berusia 88 tahun dan tidak lagi turun ke laut tapi masih dapat mengingati kumpulan yang tidak mengendahkan larangan atau petua ketika memancing ketika berlaku kilat sabung menyabung.

Jika berlaku sebarang suasana sedemikian pemancing tidak digalakkan mendedahkan diri di tempat lapang yang terbuka atau tidak memegang joran atau memegang batang besi kerana ia mudah disambar petir.

Menurut Pak Wan Dollah, ketika membawa rombongan pemancing beliau menasihatkan kaki pancing supaya patuh kepada petua seperti yang dinyatakan di atas tapi petua itu langsung tidak diendahkan sebilangan pemancing yang terdiri daripada lapan orang anak muda.

Dalam suasana cuaca yang berubah dengan tiba-tiba angin kencang bertiup berserta guruh dan kilat, gelombang besar mula mengubah ganas di laut yang tadinya tenang.

Pak Wan Dollah mengarahkan kaki pancing supaya beredar masuk ke kabin dan tidak mendedahkan diri bagaikan mencabar kilat yang mula memanah beberapa kaki pancing yang degil itu.

Suasana menjadi kelam kabut kerana tiga pemancing pengsan apabila joran pancing mereka disambar kilat. Pak Wan Dollah terpaksa melakukan rawatan daripada pengalamannya yang luas dalam menghadapi situasi begitu.

Rakan pancing lain menginsafi kedegilan setelah melihat rakan mereka yang dan tidak langsung mahu mendengar nasihat tekong atau mengamalkan petua yang baik itu.

Justeru nasihat saya perlu elakkan diri daripada mencabar kilat dengan mendedahkan diri kepada keadaan sedemikian. Berhentikan sebarang aktiviti memancing semasa guruh dan kilat sabung menyabung.

Berlindung di tempat yang selamat serta berzikir untuk kebaikkan semua. Insya-Allah Tuhan akan mengingati kepada orang yang ingat kepadanya.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-18158402339849231452011-08-21T22:29:00.000+08:002011-08-21T22:29:01.446+08:00Potong Sengat Ikan Bisa Ke Tahap MaksimumSatu perkara yang harus diingatkan kepada pemancing yang pulang membawa rezeki tangkapan dari hasil memancing sama ada dari sungai, paya, tasik atau laut yang membawa spesies ikan berduri (sengat) hendaklah terlebih dulu dipotong duri-duri berkenaan selepas ikan dinaikkan.

Duri yang belum dipotong hujungnya mengandungi racun berbisa yang boleh mengundang sakit dan bisa yang berlarutan jika tidak diberi rawatan segera.

Kita (pemancing) kadang-kadang terlupa untuk mematahkan duri (sengat) spesies ikan mayung, pari, baung, keli, sembilang atau spesies ikan-ikan lain yang berduri tajam yang pasti sangat berbahaya.

Kita tentu tidak mahu isteri dan anak-anak yang bakal jadi mangsa dari kecuaian kita, atau anda sendiri yang bakal menentukan sekali lagi semasa tiba di rumah dan bukan menyerahkan kepada isteri atau memberikan anak-anak bermain dengan ikan-ikan berkenaan dalam kotak sejuk yang belum diusik.

Kadang-kadang kita kurang waspada kerana tidak memotong dengan berhati-hati hujung duri atau sengat sudah dipotong masih mempunyai tunggul yang masih berbisa. Tunggul ini berbahaya kepada isteri dan anak-anak jika terkena.

Sebagai langkah berjaga anda sendiri perlu menyiang dan membersihkan ikan berduri itu. Duri yang sudah dipotong hendaklah dibuang dalam satu bekas khas supaya tidak menjadi mangsa kepada kucing kesayangan keluarga anda.

Jika terkena bisa sapukan getah betik muda atau tumbuk halia pada tempat yang terkena sengat. Bagaimanapun lebih baik berjumpa doktor di klinik atau hospital.

Namun dalam apa juga keadaan anda sendiri perlu menentukan semua ikan berduri (ada sengat) dipotong hingga tahap maksimum. Duri sengat ikan yang berbisa ada yang membawa maut, justeru anda pemancing perlu sentiasa awasi bahaya ini.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-7285236787555049132011-07-31T00:12:00.000+08:002011-07-31T00:12:26.976+08:00Katak Minyak Umpan Haruan, Bujuk

Katak minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit.

Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya.

Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya.

Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.

Secara amnya, spesies dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.

Di arena memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada bahagian duburnya hingga ke dalam perut.

Cara berkesan untuk menjerat ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah atau dikenali sebagai 'janggut' oleh pemancing tempatan akan dicangkuk pada katak itu.

Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu karauan secara perlahan dilakukan untuk merangsang deria bau ikan.

Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai.

Kini, katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-67933250384938742152011-07-23T23:05:00.000+08:002011-07-23T23:05:07.593+08:00Muara Sungai Zon Bahaya Kepada Pemancing

Kita kadang kala terlupa atau sengaja tidak mahu memikirkan tentang keselamatan diri ketika pulang dari memancing sama ada membawa rezeki yang lumayan atau sebaliknya.

Keselamatan diri yang hendak dikaitkan pada kali ini ialah semasa bot yang hendak memasuki kuala justeru tekong-tekong sudah maklum tentang bahaya yang bakal dilalui dan tentunya berjaga-jaga, tapi pemancing tentunya tidak banyak yang memikirkan bahaya ini.

Saya melalui pengalaman sebagai warga pelaut sejak kecil lagi sudah diberi penerangan mengenai bahaya di muara sungai. Air sungai yang keluar dan air laut yang masuk akan bertembung lalu menjadi pecahan gelombang yang tidak menentu dan berbahaya jika bot tidak dapat dikawal terutama bot-bot laju gantian kaca. Sebab itu peristiwa bot tenggelam sering kita dengar apabila hendak masuk ke muara.

Daripada peristiwa yang berlaku ini saya mengingatkan supaya kaki pancing mengambil kira soal keselamatan diri semasa pulang atau hendak keluar dari kawasan kuala. Selalu ingatkan tekong terutama tekong muda yang kadang kala terlepas pandang, terlupa atas sebab-sebab tertentu.

Justeru sifat saling mengingatkan itu adalah satu amalan yang sangat baik untuk pemancing lakukan semasa berada dalam sebuah bot. Terbaik untuk dilakukan oleh pemancing semasa berada dalam kawasan Zon Bahaya ini agar semua pemancing berada dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang bahaya yang bakal berlaku. Berdoa kepada Allah untuk keselamatan itu paling baik untuk dilakukan.

Bagi nelayan atau warga pelaut yang sudah lama mengenal laut, muara sungai adalah kawasan paling utama diberikan perhatian sama ada keluar atau masuk. Bagi laut terbuka seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang, kuala sering terjadi malapetaka bot karam dan ada yang mengorbankan nyawa.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-66161196068159226332011-07-22T22:19:00.002+08:002011-07-22T22:19:52.583+08:00Buaya Pantang Dayung Melintang

Kuala Ketil: Bagi yang ingin memancing dalam suasana tanpa gangguan terutama di sungai yang ada buaya, petua Abdul Wahab Zakaria, 50, boleh digunapakai.

Apatah lagi bagi pemancing yang terkena 'badi' udang galah, petua amalan Abdul Wahab sejak sekian lama bukan saja mampu menghindar gangguan sang bedal malah joran lebih mudah memperdayakan si sepit biru itu.

Petua itu diwarisi daripada arwah ayahnya, yang memang pakar menjejak lubuk udang galah suatu ketika dulu. Dengan izin Allah, Abdul Wahab yang juga mahir menjinakkan udang galah belum pernah mengalami kejadian tidak diingini ketika memancing.

Petuanya amat mudah, katanya yang menetap di Kampung Padang, Kulim."Ketika anda memancing sama ada dalam bot atau sampan yang berlabuh di tengah atau di tepi sungai, pendayung jangan diletakkan dalam keadaan melintang. Kalau membawa galah pun perlu jangan diletakkan melintang," katanya. Seelok-eloknya, pendayung atau galah perlu diletakkan dalam keadaan membujur (selari dengan kedudukan bot atau perahu).

Berdasarkan pengalaman memancing bersama arwah ayahnya, jika petua itu diabaikan, akibatnya ialah mengundang gangguan buaya.

Beliau berkata, raja sungai itu amat pantang jika pemancing meletakkan pendayung atau galah melintang perahu ataupun bot. "Kalau dibuat juga, pemancing akan menerima musibah. Buaya akan mengganas dan kalau silap haribulan, nyawa akan jadi pertaruhan!"

"Arwah ayah pernah menceritakan seorang kawannya yang memancing seorang diri di Sungai Sedim suatu ketika dulu diganggu buaya gara-gara terlupa meletakkan pendayung pada kedudukan yang betul."

"Dua ekor buaya timbul di permukaan sungai kira-kira tiga meter dari perahunya. Menyedari berdepan bahaya, dia segera beredar dari situ dan merapatkan perahu ke tebing sungai," katanya.

Sebaik saja dia naik ke tebing, tiba-tiba kelihatan ekor buaya melibas bahagian belakang perahunya. Bahagian itu berkecai akibat libasan buaya yang seakan-akan memberi amaran," katanya.

Abdul Wahab berkata, jika seseorang mengamalkan petua itu, pemancing bukan saja tidak diganggu buaya malah akan memperoleh tangkapan udang galah yang lumayan.

Bagaimanapun, katanya, faktor cuaca dan keadaan air sungai juga perlu diambilkira. "Memang tidak dinafikan, di mana banyak udang galah, di situlah ada buaya. Berhati-hatilah jika memancing udang galah," nasihatnya lagi.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-82240946015126130202011-07-22T22:18:00.002+08:002011-07-22T22:18:50.644+08:00Awan Hitam Amaran Ribut Akan MelandaKita menyedari bahawa memancing sama ada di laut mahupun di sungai dan tasik adalah hobi yang masing-masing yang kadang kala berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan sama ada dalam perjalanan mahupun ketika berada di lokasi.

Kali ini, saya menumpukan fokus ketika memancing di laut yang banyak perlu diketahui oleh pemancing terutama pemancing generasi muda yang baru berjinak dengan hobi berkenaan. Pertama, untuk memahami tanda-tanda ribut akan melanda. Ia bermula dengan kemunculan awan hitam (kelabu pekat) yang menebal menutup kaki langit terutama di bahagian sebelah barat. Ini kemudian disusuli dengan angin yang mula bertiup agak kencang daripada biasa. Ia turut diikuti dengan pecahan gelombang kecil yang memutih di sana sini. Guruh sesekali berbunyi dan kilat memecah antara kumpulan awan hitam. Sejuk terasa di cuping telinga serta diikuti dengan keadaan bot mula dirasakan terumbang-ambing kiri dan kanan.

Ketika berdepan dengan keadaan begini, sama ada tekong mahupun anda yang lebih arif dengan cuaca terpaksa meninggalkan kawasan lubuk dengan seberapa segera. Walaupun pada masa itu ikan sedang rancak memburu umpan, anda mesti mengutamakan keselamatan daripada ikan.

Langkah keselamatan perlu diambil. Nyawa lebih utama daripada ikan yang boleh dipancing pada masa dan hari yang lain. Justeru, usaha mencari tempat berlindung perlu dilakukan serta-merta. Anda perlu memberikan kerjasama kepada tekong. Ini termasuk membantu tekong menarik tali sauh selain segera menggulung tali pancing dan kemudian bersiap sedia untuk bergerak mencari tempat berlindung. Kerjasama dalam detik sebegini sangat berguna.

Amaran terakhir ribut akan tiba bersama gelombang besar ialah sebaik saja kilat muncul menegak dari laut ke langit atau pada penglihatan mata kasar kita nampak kilat memancar tegak dari langit ke laut (itu satu tafsiran mata). Namun apa pun jika isyarat pancaran kilat menegak itu berlaku maka itu dianggap sebagai amaran terakhir bahawa kita harus bertindak segera meninggalkan lokasi dan mencari tempat selamat.

Ingat, usaha menyelamatkan diri mesti dilakukan dengan pantas. Jika tidak, kita akan berdepan dengan ribut dan gelombang besar yang akan menghempas bot atau sampan. Ketika ini, semua pemancing mesti berada dalam kabin bot dalam satu kumpulan. Anda tidak digalakkan berada di luar sambil berjalan termasuk di birai bot. Dalam keadaan angin kencang bertiup serta bot dilambung ombak besar maka bahaya yang mungkin anda lalui ialah tercampak ke laut atau jatuh dalam bot dengan kecederaan serius pada mana-mana bahagian tubuh seperti kepala, sendi lengan dan kaki atau tulang belakang.

Sebagai langkah terbaik, berpandulah pada petua-petua yang dikaitkan dengan tanda-tanda ribut akan turun serta bertindak pantas demi keselamatan nyawa anda.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-8936468611086361512011-07-22T22:17:00.002+08:002011-07-22T22:17:52.769+08:00Anak Tebuan Untuk Pancing Puyu, Haruan

Umpan serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya.

Baunya yang sedikit tengik atau berbau cukup digemari ikan yang menghidunya untuk dijadikan menu makanan utamanya. Bentuknya menyerupai larva seakan ulat beluncas serta berwarna putih ketika masih 'bayi' dan berwarna kehitaman apabila dewasa, dijumpai dalam kepompong sarangnya.

Pada kebiasaannya sarang tebuan ini boleh ditemui pada atas ranting pokok atau kawasan tumbuhan renek di sekitar kampung atau hutan tebal.

Bentuk sarang ini seperti tempayan dan berupaya membesar sehingga pemeluk orang dewasa cukup digeruni oleh manusia yang bimbang disengat oleh tebuan sekiranya diganggu.

Bagi pakar yang gemar mencari umpan ini, mereka terlebih dulu mengasap atau membakar sarang yang dikenalpasti bagi menghalau tebuan dewasa dan mengambil anaknya.

Dari segi penyediaannya, umpan tebuan digoreng tanpa minyak terlebih dulu dengan resipi tersendiri seperti dimasukkan asam keping supaya tahan lebih lama dan disamping bertujuan mengeluarkan bau tengiknya.

Di arena memancing, anak tebuan yang siap dimasak akan diperam selama beberapa hari untuk menyimpan baunya. Selepas itu, anak tebuan ini akan dicangkukkan dari bahagian kepala sehingga ekornya dengan mata kail bersaiz 10 atau 11.

Menurut pemancing yang biasa menggunakan umpan ini, anak tebuan dikatakan berkesan merangsangkan deria spesies bersisik seperti ikan puyu untuk memakannya.

Katanya lagi, sekiranya kena pada lubuknya tangkapan bersaiz empat jari dewasa adalah perkara biasa bagi penggemar umpan anak tebuan ini.

Tambah mereka lagi, keadaan iklim yang tidak menentu sekarang ini menyebabkan mengapa sarang tebuan ini sukar ditemui.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-20038925600933510362011-07-19T23:05:00.002+08:002011-07-19T23:05:45.149+08:00Kepentingan Lampu Suluh

Memancing dalam keadaan gelap boleh menyulitkan kaki pancing dan ia menjadi punca berlakunya kejadian yang tidak diingini termasuk menjadi tumpuan binatang berbisa seperti ular, lipan atau kala jengking. Bagaimanapun lampu suluh boleh menyelesaikan masalah itu dan turut dapat membantu kaki pancing melakukan kegiatan mereka dalam keadaan lebih selamat. Lampu suluh boleh membantu menerangkan kawasan sekitar dengan mengikat lampu suluh dengan kadbod putih atau berwarna perak.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-24712014756996309242011-07-18T23:13:00.002+08:002011-07-18T23:13:30.428+08:00'Tidur-Tidur Ayam' Selamat NyawaTidur memainkan peranan penting kepada kesihatan seseorang sama ada semasa memandu kenderaan di daratan atau mengendalikan bot atau kapal semasa di lautan. Jika mengantuk yang tidak terkawal boleh membawa mudarat seperti terbabit dalam kemalangan sama ada di jalan raya atau di laut.

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman di laut selain menjadi tempat kita mencari rezeki, laut juga tempat yang penuh dengan cabaran walaupun tidak sesibuk seperti di darat. Namun laut tetap dikategorikan sebagai tempat berbahaya yang mesti difikirkan sebelum melangkah turun ke laut.

Pengalaman yang hendak dikongsikan kali ini walaupun dianggap ringan tapi faedahnya besar. Kaki pancing yang sentiasa menjalani aktiviti memancing di laut digalakkan supaya belajar 'tidur-tidur ayam' terutama kepada tekong. Cara berkenaan mempunyai kebaikan terutama untuk menjaga keselamatan dan bertindak pantas jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Tidur-tidur ayam dalam bot tidak banyak menimbulkan masalah kerana tidak perlu disediakan tilam atau bantal kerana kita bukan bertujuan untuk tidur nyenyak semasa menjalankan aktiviti memancing namun tidur untuk berehat supaya mendapat semula tenaga, sebelum meneruskan aktiviti memancing yang mungkin berlarutan hingga beberapa hari.

Tidur nyenyak yang panjang ketika di laut merugikan masa yang sepatutnya digunakan untuk memancing, sebab itu tidur-tidur ayam digalakkan supaya masa memancing lebih panjang.

Satu lagi tidur-tidur ayam juga untuk menjaga keselamatan. Pernah berlaku peristiwa yang hampir meragut nyawa sepuluh pemancing dalam satu bot yang dapat mengubah haluan kapal dagang daripada melanggar bot pemancing terbabit.

Pemancing yang tidur-tidur ayam dapat melakukan tindakan keselamatan dengan memberi isyarat lampu kepada kapal terbabit yang akhirnya dapat dikesan oleh kapal yang berhadapan dengan mereka. Sebab itu kebanyakan tekong dan pemancing berpengalaman tahu cara bagaimana untuk tidur-tidur ayam ketika berada di laut.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-84643756054193501862011-07-18T23:11:00.002+08:002011-07-18T23:11:29.405+08:00Tahan Nafas, Jangan Bergerak Bila Ular Hendak MematukSering kali kita terlupa atau buat-buat lupa perkara keselamatan ketika memancing. Bahaya sentiasa ada di sekeliling tanpa disedari, terutama kepada pemancing yang suka meredah hutan belantara dan muara sungai di seluruh Malaysia. Kebanyakannya tidak menitikberatkan keselamatan diri masing-masing. Peralatan perubatan 'First Aid' perlu dibawa bersama ketika meredah hutan untuk memancing sebagai langkah awal sebelum dirujuk kepada doktor.

Petua kali ini membicarakan ular kerana bisanya boleh membawa maut kepada mangsa. Bagi warga emas Mat Ali Siku dari Kampung Kuala Pah, Kuala Kelawang, Negeri Sembilan kepakarannya menawar bisa ular tiada tandingan dan tidak hairanlah dia diberi jolokan Pak Ali Ular.

Mengakui memperoleh ilmu ular menerusi mimpi, warga emas berusia 73 tahun ini sering dipanggil jika rumah jiran-jirannya dikunjungi tetamu tidak diundang itu. Menurutnya, jangan sesekali bermain dengan ular kerana ia boleh mendatangkan musibah jika berlagak berani.

Kemampuannya menangkap pelbagai spesis ular berbisa seperti tedung selar, ular kapak, ular sawa dan banyak lagi menjadi bualan penduduk kampung. Pesannya kepada pemancing yang suka memancing pada waktu malam jika terserempak dengan ular berbisa seperti tedung selar atau ular kapak jangan menggerakkan badan dan jika boleh tahan bernafas.

Ular berbisa seperti tedung selar boleh mengesan mangsanya dengan deria haba yang dihembus. Biasanya ular yang sedia hendak mematuk akan berdiri, jadi jangan sesekali mengacahnya.

Biar ular itu turun ke tanah sendiri dan biarkan ia pergi. Pesannya, bila meredah hutan pada waktu malam pakai kasut getah yang tinggi, ini kerana ia mampu melindungi peha kita dari dipatuk ular berbisa. Jika seseorang dipatuk ular, ikat dengan kuat menggunakan kain atau tali bahagian patukan itu.

Cara ini, dapat melambatkan bisa ular meresap ke saluran darah. Sedut dengan sekuat hati pada tempat anggota badan anda yang dipatuk ular tadi dan meludahnya supaya bisa berkenaan dapat dikeluarkan. Kemudian, perlu rujuk ke klinik atau pusat perubatan berdekatan.

Kepada mereka yang kerap memancing pada waktu malam, beliau mengingatkan supaya berhati-hati lihat keadaan sekeliling sebelum melabuhkan joran.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-56728623289838723792011-07-18T23:10:00.007+08:002011-07-19T23:08:31.378+08:00Sesat Ketika Pulang MemancingSesat sering berlaku semasa mencari jalan keluar dari lokasi memancing terutama di lombong tinggal atau tasik dalam hutan, namun pengalaman seorang bekas sarjan komando tentera darat, dapat dijadikan petua untuk diamalkan bersama kaki pancing.

Petuanya mudah, lakukan menakik pokok pada permulaan kita masuk ke hutan dengan meletak ranting pokok yang ditajamkan bahagian hujung menghala ke lokasi. Tanda berkenaan perlu dibuat setiap lima atau enam meter sehingga sampai di lokasi.

Semasa pulang ikut jalan yang dilalui dengan menjadikan tanda sebagai panduan. Cara begini anda pasti tidak akan sesat namun perlu berhati-hati kadang-kadang timbul kekeliruan disebabkan hilang atau salah tunjuk.

Jika timbul kekeliruan anda jangan panik dan hentikan perjalanan bagi mengelakkan terus sesat. Teruskan mencari tanda jangan berpecah jika dalam kumpulan kerana berpecah itu akan mengundang masalah yang lebih buruk.

Ini pernah berlaku dalam kumpulan pemancing yang hilang arah untuk pulang lalu berpecah dua kumpulan untuk mencari arah pulang dengan mencari ranting pokok yang dipatahkan, bagaimanapun kedua-duanya akhirnya jauh meninggalkan jalan mula yang ditanda.

Akhirnya dua kumpulan berkenaan hilang antara satu sama lain hingga bermalam dalam hutan tebal. Mereka akhirnya diselamatkan oleh satu lagi kumpulan pemancing yang menggunakan jalan yang sama tidak jauh dari tempat kedua-dua kumpulan yang sesat itu.

Berpandu kepada peristiwa ini saya syorkan supaya arah tuju mesti ditanda semasa melalui hutan tebal atau lorong dalam hutan. Jangan sekali-kali berpisah jauh daripada tanda yang sudah dibuat. Petua ini mesti diamalkan.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-17770427979724778362011-07-18T23:09:00.002+08:002011-07-18T23:09:43.145+08:00Memancing Ketika PanasSemasa menghadapi cuaca panas yang terus berbahang semasa memancing di laut kita bakal berdepan dengan suasana tidak selesa terutama bumbung pelindung bot tidak cukup besar untuk menampung keseluruhan bot.

Justeru langkah terbaik pemancing perlu menggunakan topi lebar (seperti pekebun sayur wanita cina). Selain itu baju tebal berwarna putih yang dapat menyerap peluh juga sebaik-baik pakaian yang perlu digunakan.

Baju yang berupaya menyerap peluh ini dapat menyegarkan kita kerana sentiasa lembab berbanding dengan mereka yang tidak berbaju kerana pendedahan terbuka kepada matahari menyebabkan kulit badan menjadi kering dan mudah menggelupas.

Dalam apa juga keadaan suhu badan harus diletakkan dalam keadaan sederhana dengan mengambil kira keadaan sekitar yang mesti ada ruang untuk mendapatkan angin laut yang terbuka. Tuala perlu dibasahkan dengan air tawar, bukan dengan air laut yang masin. Tuala basah dibungkus di kepala supaya bahagian kepala dapat bertahan daripada panas matahari dan segarnya dapat bertahan lebih lama.

Langkah terbaik dan sangat berkesan pemancing perlu banyak minum air sejuk (air mineral) bukan yang disejukkan dalam peti sejuk nelayan atau mengambil ketul ais untuk diminum sama. Ketul ais yang dibekalkan untuk menyegarkan ikan bahaya untuk diminum.

Pemancing juga tidak digalakkan terus mandi dalam keadaan badan yang masih berbahang panas. Anda perlu mengambil masa untuk beberapa minit berehat sebelum mandi.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-29106700256637286542011-07-18T23:08:00.006+08:002011-07-19T23:19:46.366+08:00Elakkan Aktiviti Tepat Jam 12 Tengahari, MalamMengamalkan doa atau membaca ayat suci Al-Quran sebelum melakukan perjalanan sama ada di darat atau di laut adalah sebaik-baik amalan untuk keselamatan dalam setiap perjalanan.

Namun dalam apa juga amalan petua adalah ikhtiar terbaik untuk diamalkan seperti lazim yang dilakukan oleh orang lama yang mengetahui rahsia tersembunyi yang jarang-jarang diketahui oleh kita selama ini.

Sebaik-baik amalan anda tidak digalakkan melakukan sebarang perjalanan sama ada di darat dengan kenderaan atau di laut tepat pada jam 12 tengahari kerana waktu itu syaitan sedang bermaharajalela justeru bergerak pada waktu begini (tepat jam 12 tengahari) sering dikaitkan dengan masa yang bahaya.

Namun dalam apa juga kepercayaan yang dikaitkan demi menjaga keselamatan dalam perjalanan, doa kepada Allah sebaik-baik amalan yang mesti dilakukan cuma sebagai ikhtiar petua juga memainkan peranan atas izin Allah.

Lakukan pergerakan pada waktu pukul 12.02 minit sebagai ikhtiar untuk menjamin keselamatan atas apa yang kita sudah ketahui tapi bagi anda yang sudah melakukan perjalanan sebelum itu anda boleh meneruskan perjalanan anda begitu juga bagi anda yang melepasi jam 12 tengahari boleh meneruskan perjalanan Insya-Allah selamat.

Melalui pengalaman seorang pemancing yang kebetulan terlupa kerana tergesa-gesa ke lokasi pertama untuk bertemu dengan rakan pancing lain yang dijangka sudah menunggu, Kamarul meninggalkan rumahnya tepat jam 12 tengah malam.

Beliau tidak bertemu lokasi tempat rakan pancingnya menunggu, beliau berpusing jalan untuk masuk ke lorong lokasi tapi bertemu semula tempat mula beliau bergerak.

Akhirnya, beliau mengingati petua orang-orang tua dengan melaungkan azan sekuat-kuat suara beliau kemudian ditemui oleh rakan pancing yang berada tidak jauh dari tempat beliau disesatkan jalan oleh syaitan.

Justeru atas peristiwa yang benar-benar berlaku pada Kamarul nyata waktu tepat jam 12 tengah malam adalah waktu tidak sesuai untuk memulakan sebarang aktiviti atau perjalanan.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-58950998849099844822011-07-18T23:08:00.005+08:002011-07-19T23:11:19.389+08:00Kenal Pasti Lubuk Sebelum MemancingKata pepatah orang tua-tua, berjalan siang pandang-pandang, berjalan malam dengar-dengar. Apakah maksud yang tersirat di sebalik pepatah ini? Jawapannya mudah jika ditafsirkan atas kenyataan yang paling hampir pada diri sendiri. Kita yang melakukan perjalanan pada waktu siang yang dapat melihat segenap ruang depan dan kanan kiri jelas.

Kita boleh mengelak daripada sebarang bahaya. Ini berlainan pula pada waktu malam yang mana kita hanya dapat menggunakan telinga untuk mendengar sedangkan mata cuma dapat menembusi jarak pandangan yang sangat terhad.

Beralih pada terjemahan lain pepatah ini, ia boleh dikaitkan dengan sesuatu yang baik dilakukan biar kena pada tempatnya dan bukan atas sebab-sebab ada udang di sebalik batu.

Justeru berdasarkan atas fakta daripada pepatah ini, saya mengaitkan terjemahan pada aktiviti memancing yang mungkin lebih dekat dengan kita dan baik jika diamalkan sebelum meninggalkan rumah (turun dari rumah) untuk mencari rezeki sama ada di laut, sungai, lombong atau tasik.

Langkah pertama, anda perlu mendapatkan tekong yang berpengalaman dan boleh diterima pakai kejujurannya. Dia juga berupaya mengenal pasti kawasan yang selamat. Jika di sungai, lubuk-lubuk yang tidak harus dikunjungi dan bahaya ada 'keras' (tempat ada penunggu) yang boleh dipercayai mengenai kewujudannya kerana makhluk itu tidak dapat dilihat oleh manusia kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Di samping itu, tekong juga perlu mengetahui terlebih dulu keadaan cuaca, pasang dan surut air laut serta pelbagai lagi maklumat awal demi kebaikan dan keselamatan.

Orang-orang tua sering mengaitkan juga bahawa lokasi memancing adalah lokasi keras yang sering diganggu oleh makhluk halus sama ada lokasi ini berada di darat mahupun di laut.

Justeru, mengenal pasti tempat ini lebih dulu adalah satu persediaan yang sangat perlu bagi pemancing. Malah amalan ini perlu dijadikan petua selain daripada minta pertolongan Allah pada setiap masa. Allah berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya: "Akulah yang berkuasa di darat dan di laut, Aku yang menentukan buruk baiknya seseorang itu dan Aku yang menentukan rezeki kamu."

Saya harap kepada semua pemancing harus mengamalkan prosedur mengenal pasti dulu tempat atau lokasi memancing sebelum turun memancing kerana mengenali dulu sesuatu itu adalah kebaikan.

Istilah zaman anak muda sekarang ialah kita kena buat 'homework' atau kerja rumah sebelum pergi. Ini bukan setakat lubuk malah anda perlu tahu spesies ikan di situ, umpan sesuai, jaraknya, halangannya, kelebihannya dan kewajarannya.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-75773116683811878892011-07-18T23:07:00.000+08:002011-07-18T23:07:18.309+08:00Merah, Jenahak, Kerapu Gemar Udang Lipan

Udang lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.) cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu.

Habitatnya yang mudah didapati di persisiran pantai berlumpur sekitar Pantai Timur Semenanjung dan kawasan karang batu, menyebabkan mengapa umpan ini digilai kerana keberkesanannya menjerat ikan terbabit.

Bentuk fizikal badan seakan spesies serangga mentadak atau lipan yang mempunyai kulit keras bahagian kepala hingga ke ekornya dan mempunyai sepasang penyepit serta enam kaki, mampu membesar kira-kira 30 sentimeter.

Bersifat karnivor dan gemar memburu ikan, udang atau siput karang dengan bersembunyi di celah batu antara kelebihan udang ini menyesuaikan dirinya selain melakukan teknik penyamaran.

Di seluruh perairan laut di dunia ini, terdapat kira-kira 400 spesies yang hampir sama di perairan negara ini. Cara menangkapnya menggunakan pukat tunda.

Dalam industri komersial berkaitannya, udang lipan turut dijual kepada peminat ikan akuarium untuk dipelihara selain dijadikan bahan masakan untuk makanan laut di restoran yang menyediakannya.

Dalam arena memancing pula, cara udang ini digunakan dengan mencangkuk pada kepala melalui kulit kepala di lehernya dan kemudian dikeluarkan mata kail itu melalui mata udang tersebut.

Umpan ini kemudian dilabuhkan bersama batu ladung dalam lubuk berkarang yang dikenal pasti menjadi habitat ikan merah, jenahak dan kerapu.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-25744626099262083122011-07-16T23:36:00.001+08:002011-07-18T23:00:58.996+08:00Umpan Perumpun Jadi Tarikan Ikan LautUmpan perumpun atau umpun-umpun cukup popular bagi semua pemancing yang biasa menggunakannya kerana kemampuannya menjerat pelbagai spesies ikan dan udang sama ada di air masin atau tawar di perairan negara kita ini.

Namun bagi pemancing baru mereka mungkin belum tahu akan 'kuasa saktinya' apabila melihat spesies persis cacing yang berwarna merah muda ini menggeletek geli apabila disentuhnya.

Justeru, inilah masanya untuk mencungkil serba sedikit maklumat berkaitan umpan semula jadi anugerah alam ini. Perumpun atau cacing air masin adalah dari kumpulan haiwan invertebrat yang juga sebenarnya hampir sama dari jenis saudaranya, iaitu cacing tanah yang terdapat di kebun pisang atau belakang rumah kita.

Namun, bentuknya yang lembut dan panjang sehingga mencapai 30 sentimeter serta mempunyai kaki seperti lipan, membuatkan spesies ini berbeza banyak dengan cacing tanah yang sedia ada.

Habitat spesies ini boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ianya bersarang di dalam lumpur itu sendiri.

Di negara beriklim khatulistiwa ini, terdapat beberapa spesies perumpun yang dijadikan umpan untuk ikan tertentu atau mengikut padang pancingan masing-masing. Perumpun ini antaranya perumpun pasir, merah dan jangkau.

Umpan ini masing-masing dikhaskan, perumpun pasir - ikan bolos, gelama dan sembilang. Jangkau - ikan duri, jenahak, jengah dan gubal dan perumpun merah - udang galah serta ikan baung.

Justeru, cara untuk mencarinya perlu diserahkan kepada mereka yang pakar mengesannya iaitu ketika air surut di kawasan paya bakau di mana sarangnya boleh dikenal pasti melihat timbunan najis tanah atas kawasan yang berlumpur.

Sarangnya itu akan dikorek menggunakan cangkul atau penyedok khas sedalam kira-kira satu meter dan kemudian ditarik secara perlahan-lahan bagi mengelakkan badannya terputus.

Untuk menggunakan umpan ini, mata kail bersesuaian dengan saiznya diperlukan dengan mencangkuk perumpun terbabit yang dipotong kira-kira satu hingga dua sentimeter.

Petua untuk umpan ini tahan lama janganlah anda memotong di bahagian kepala dulu dan mulakan dari ekornya sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan simpanlah dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.

Sekarang ini, umpan perumpun mudah didapati di kedai pancing atau di tepi jalan di lokasi memancing dengan harga antara RM5 sehingga RM6 mengikut isi kandungannya.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-50706397953281320932011-07-12T23:37:00.001+08:002011-07-12T23:37:24.130+08:00Jangan Meludah Dalam LautDalam dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.

Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidak membawa pulut kuning, telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanan syaitan di laut, hari ini pantang larang itu tidak diendahkan oleh pemancing dan tekong bot sendiri.

"Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain." itu yang diperkatakan oleh mereka dan rata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petua yang salah.

Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiul pada waktu malam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar untuk berentap dengan ikan sebesar kapal atau menggunakan ilmu hitam yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Lebih daripada itu mereka sanggup menggunakan kain kapan orang mati yang diambil dari kubur yang baru dikebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkara yang salah di gunakan.

Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukan sedikit. Petua atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknya melangkah turun dari rumah dengan mengingati Allah adalah sebaik-baik amalan dan meludah di laut segera dihentikan kerana laut tempat kita mencari rezeki yang perlu dihormati.

Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan makanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut sesuka hati, berludah saja dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor di laut.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-48385376492238368802011-07-12T23:31:00.000+08:002011-07-12T23:31:28.597+08:00Kelkatu Efektif Untuk Ikan Air Tawar

Umpan kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang.

Asalnya terbentuk dari serangga anai-anai yang dianggap musuh utama kepada penghuni rumah dan pemilik ladang, saudaranya iaitu kelkatu sangat efektif digunakan untuk umpan ikan air tawar ini.

Ciri-ciri lain pada kelkatu iaitu mempunyai dua bahagian abdomen, sepasang sesungut dan dua pasang sayap berwarna perang cerah seluruhnya, mudah tertanggal apabila terkena air atau ketika jatuh di atas tanah.

Kebiasaannya habitat kelkatu boleh ditemui dalam busut atas tanah atau pokok dan kemudiannya akan terbang mencari kawasan baru untuk membina koloni barunya.

Dalam koloni kumpulan ini, terdapat beberapa lapisan atau kasta yang diklasifikasikan sebagai raja, ratu, askar dan pekerja yang mempunyai tanggungjawab penting iaitu membina sarang diperbuat daripada tanah.

Di negara ini, terdapat sekurang-kurangnya 175 spesies dan 42 genera anai-anai. Spesies yang biasa ditemui adalah dalam kumpulan Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae.

Umpan kelkatu mudah dicari apabila menjumpai kumpulan berterbangan berhampiran cahaya lampu rumah atau bangunan. Cara untuk menangkapnya adalah mudah dengan mengutip serangga ini yang terjatuh berhampiran kawasan lampu tadi selepas sayapnya gugur selepas itu.

Dalam arena memancing, teknik pancing menggunakan joran teleskopik sangat berkesan dengan menggunakan umpan ini. Mata kail kecil bersaiz tujuh yang dicangkukkan dari bahagian abdomen belakang hingga kepalanya.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-52161863749341563922011-07-12T23:28:00.001+08:002011-07-12T23:28:54.208+08:00Elak Memakai Cincin Berbatu Ketika Memancing

Memakai cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah.

Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing, anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah, mungkin juga ia secara kebetulannya.

Bagi seorang pemancing tegar, Mohd Suffian Hassan dari Melaka, beliau mempunyai pengalaman memancing dengan memakai cincin berbatu serai dan kayu tas, di mana tiada sebarang tangkapan diperoleh ketika mengikuti trip menjejak kelah di Lubuk Kaloi, Taman Negara Kuala Koh, baru-baru ini.

Bukan beliau sahaja tidak memperoleh sebarang tangkapan, malah beberapa rakan yang mengikuti trip berkenaan turut pulang dengan tangan kosong. Sudah puas pelbagai umpan termasuk buah ara masak ranum dan kelapa sawit peram digunakan, namun tiada sebarang reaksi daripada 'Raja Air Tawar' berkenaan.

Begitu juga menyamar, berpakaian hitam dan bersembunyi di belakang pokok ketika memancing kelah, namun masih gagal. Bahkan, dalam trip itu tiada seorang pun pemancing memperoleh ikan sama ada kelah, lampam sungai, kerai mahupun kejor.

Selepas diperiksa, seorang pemancing menunjukkan sebentuk cincin berbatu kayu tas. Tindakannya itu, menyebabkan seorang pemancing veteran marah dan kecewa, lalu menasihatkan rakannya itu supaya tidak memakainya ketika menyertai trip pada masa akan datang.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-76180644743984163352011-07-12T23:27:00.001+08:002011-07-16T23:20:33.715+08:00Air Tembakau, Sirih, Senduduk Penawar LukaRata-rata nelayan dulu mengamalkan petua dalam sebarang aktiviti di laut. Ini termasuk untuk membaca keadaan cuaca sebelum turun ribut atau gelombang besar atau tanda-tanda lain yang boleh mendatangkan bahaya pada keselamatan.

Namun, petanda atau gerak rasa kini sudah jarang diamalkan oleh generasi hari ini terutama pada nelayan muda atau tekong muda yang sudah bersedia dengan peralatan moden lagi canggih untuk mengesan lokasi dan menjangkakan cuaca yang bakal berlaku. Namun bahaya laut tidak ada undang-undang malah kesan peralatan moden juga tidak dapat menanganinya.

Ribut akan datang pada bila-bila masa saja walau dalam keadaan cuaca tenang. Justeru, pelaut sama ada di kalangan nelayan atau pemancing perlu sentiasa berhati-hati serta waspada pada setiap masa ketika berada di laut.

Saya ingin mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidak menganggap laut sebagai tempat hiburan atau boleh dilakukan apa saja seperti di darat. Laut adalah tempat terlarang tetapi dapat mengajar kita jadi seorang manusia paling sabar dan bertanggungjawab.

Petua kali ini boleh dijadikan amalan jika berlaku sesuatu yang terdesak seperti pemancing mengalami luka ketika berada nun jauh di tengah laut. Rawatan perubatan pula tidak boleh dilakukan.

Maka anda boleh menggunakan tembakau rokok yang tentu ada di kalangan pemancing. Langkah pertama, keluarkan tembakau rokok itu dan rendamkan dalam air bersih (sedikit saja air digunakan). Kemudian perahkan tembakau itu hingga menjadi pekat. Sapukan air tembakau itu pada bahagian yang luka. Anda akan merasa pedih tetapi ia dapat memulihkan luka berkenaan, Insya-Allah.

Namun dalam apa jua keadaan, anda harus banyak berehat supaya keutuhan tubuh berada pada tahap maksimum. Juga, anda perlu memberi tumpuan pada aktiviti memancing buat sementara waktu. Tekanan perasaan ketika menahan sakit akan menjadi ketegangan yang tidak dapat dikawal, bakal mengundang anda lebih tertekan justeru kedua-dua ini tidak anda satukan demi kebaikan anda juga.

Satu lagi petua ialah mamah daun sirih yang dengan kapur, pinang dan gambir. Lalu airnya disapukan pada tempat luka atau bisul juga baik dilakukan sebelum seseorang mendapat rawatan di hospital atau klinik. Tetapi persoalannya pernahkah anda mencuba makan sirih?

Kepada pemancing di darat, andai anda tidak mempunyai tembakau atau daun sirih, cuba gunakan daun senduduk. Ambil beberapa helai daun pucuk senduduk. Baca selawat dan kunyah. Kemudian lumurkannya pada bahagian luka berkenaan. Insya-Allah darah akan berhenti.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-34240511342448912322011-07-10T22:56:00.002+08:002011-07-12T23:20:24.463+08:00Tekak Tersengkang Tulang IkanMenikmati juadah yang terhidang adalah detik paling santai dalam apa jua keadaan termasuk dalam bot ketika ekspedisi mahupun dalam belantara raya. Malah makan dianggap memerlukan suasana paling tenang. Jika makan dilakukan dalam keadaan terburu-buru pastinya kita bakal berdepan dengan pelbagai masalah. Saya akan menerangkan bagaimana cara menangani kes tekak tersengkang tulang ketika menikmati hidangan ikan.

Langkah pertama perlu dilakukan ialah dengan mengepal nasi sebesar ibu jari tangan kemudian menelannya tanpa mengunyah untuk beberapa kali hingga tulang yang tersangkut itu dapat dibawa oleh ketul nasi yang ditelan.

Jika langkah ini tidak berkesan, cuba langkah kedua dengan membasuh tangan dan mulut di tempat mencuci tangan lalu menjolok jari ke dalam mulut supaya dapat memuntahkan makanan yang mungkin dapat membawa tulang yang tersangkut itu keluar bersama. Lakukan langkah ini dengan berhati-hati kerana kita tidak mahu ada penyakit lain yang mungkin berlaku dalam perut atas sebab memaksa mengeluarkan muntah.

Jika langkah ini juga tidak berjaya, cuba sekali lagi mengepal nasi yang agak besar sedikit (kepal padat-padat) kemudian membaca selawat sebanyak tiga kali dan menelannya untuk beberapa kali. Insya-Allah tulang itu akan hilang jika tidak tersangkut pada bahagian yang sukar untuk dikeluarkan.

Usaha berterusan mesti dilakukan jika perkara ini berlaku di laut ketika ekspedisi memancing yang tidak ada klinik di laut. Contohnya, mangsa yang tercekik tulang menjampi sendiri air minuman dengan membaca surah Al-Fatihah dan berhenti pada ayat kelima (lyakanakbudu waiiya kanastain) lalu bermohon pertolongan kepada Allah supaya tulang yang menyengkang itu tidak dapat memberi kesakitan berterusan. Kemudian meneruskan bacaan surah itu hingga tamat dan minum airnya.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-76479882150281914752011-07-10T22:39:00.002+08:002011-07-10T22:39:41.081+08:00Umpan Yang Sesuai Digunakan Untuk Memancing Ikan Rohu, Tongsan Dan Patin*Rohu - Guna dedak tilapia dikisar halus dicampur mentega dan sedikit belacan.

*Tongsan - Campuran ubi kayu dimesin atau kisar halus. Dedak yang sesuai boleh dicampurkan sekali supaya menambah aroma dan daya penarik ikan menjamahnya.

*Patin - Telur dalam badan ayam pencen, roti dan campuran dedak juga boleh digunakan.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-72438567281578709282011-07-10T22:38:00.001+08:002011-07-10T22:38:20.387+08:00Umpan Pancing Di Tasik, Sungai Dan lautUmpan terbaik ialah umpan yang hidup di persekitaran tempat memancing atau sumber diet harian yang sentiasa dimakan ikan. Di tasik contohnya, ikan air tawar lebih tertakhluk kepada dua jenis makanan dari darat dan dalam air sendiri.

Sumber diet pilihan ikan tasik yang boleh ditemui di daratan sekitar tasik ialah katak, belalang, cacing, lipan, cengkerik dan pelbagai serangga yang biasa dan digemari sesetengah ikan tasik dan air tawar.

Bunga-bungaan, buah-buahan serta bijian juga boleh digunakan untuk memikat sesetengah spesies air tawar. Selain itu, adunan dedak dan campuran bahan penarik lain juga mampu membuahkan hasil lebih positif.

Umpan yang diperoleh dalam tasik adalah seperti anak ikan dan udang. Untuk sungai air tawar, umpan yang sesuai juga seperti yang dijelaskan untuk tasik.

Untuk memancing di muara, umpan terbaik ialah udang hidup, anak ikan jenis berkilat dan lembut sisik seperti bilis, tamban, selangat, beliak mata, kasai, bulu ayam, bilis air tawar, anak gelama, sotong katak (cumit hidup) dan perumpun.

Umpan paling sesuai dan mudah dicari ialah ikan segar yang baru dibawa pulang oleh nelayan seperti kembung, selayang, sotong, udang dan ketam. Semua ini adalah umpan mati. Namun ketam amat jarang digunakan untuk memancing di kawasan muara.

Jika di muara itu sesuai untuk menjala atau mendapatkan anak ikan melalui teknik apollo, itu yang terbaik kerana anda mampu menyediakan umpan segar dan mendiami lokasi yang sama dengan ikan buruan.

Untuk memancing di laut, biasakan membawa umpan pasar kerana ada masanya ikan di kawasan unjam amat sukar diperoleh. Jangan ambil risiko dengan pergi tanpa membawa umpan.

Ketika membeli umpan pasar, pastikan tahap kesegarannya dan simpan dengan betul dalam peti bersama ais yang mencukupi. Jangan ambil remeh mengenai kesegaran umpan. Ia perlu disediakan dengan sempurna ketika di darat lagi.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275749327207770473.post-5753859792438314482011-07-10T22:37:00.001+08:002011-07-10T22:37:47.278+08:00Umpan Kerang

Umpan seperti perumpun, ikan kembong, belanak dan udang yang digunakan untuk menjinakkan ikan di laut dianggap sesuatu yang sudah biasa digunakan kebanyakan kaki pancing.

Mungkin kali ini anda boleh mencuba isi kerang sebagai umpan. Ia berkesan menjinakkan ikan tetapi jarang sekali digunakan. Kerang dianggap antara umpan yang paling baik memancing sembilang. Jadi, tidak salah jika sesekali kita menukar umpan untuk memastikan ikan yang dihajati seperti sembilang dapat dibawa pulang.

Isi kerang juga boleh digunakan sebagai umpan memancing udang.epul_07http://www.blogger.com/profile/02805099701177627115noreply@blogger.com0